13 August 2012

Baju Raya.Boria raya.

Lama nya tak update pape dekat blog ni.Kesian je dia kena tinggal lama-lama.Even takde orang baca pun tapi macam satu kepuasan bila dapat update entry hihi.Padahal tuan blog takdelah busy pun tapi malas punya pasal bersawang lah blog ni kena tinggal haih.

Sekarang ni dah tak sampai berapa hari je nak habis Ramadhan.Tak sangka kan?Tak lama lagi raya pun da nak menjelma..Baju raya korang semua dah siap ke?hihi...Actually I'm not that type of person yang semangat cari baju raya,kasut raya or apa2 jelah yang berkaitan dan sewaktu dengannya.So my mom sangat lah memahami anaknya ini.Memang tiap2 kali raya dia akan tempahkan baju raya.Mama memang sangat suka belikan baju untuk anak dara dia dua orang ni.So macam tahun2 lepas,mama akan beli kain pasang and tempah.Selalunya for me and Yasmin,dia akan beli ala-ala...Same color....Memang terima je apa yang dia dah belikan hehhee...Macam biasa lah dah kalau taste mak-mak ni jangan haraplah nak dapat baju lace ke,baju kosong ke..memang baju corak penuh jela kan bunga2 gitewww....

So last week balik kampung mama pun cakap..kakak pergi bukak almari...baju tempah dah dapat.Okay.I pon lari laju2 muka eksaited nak tengok baju raya....Wahhh ada tiga pasang!!Test semua oh okay padann...Yasmin pun macam biasa interframe bawak keluar baju dia 3 pasang from almari and cuba2 jugak...Tiba-tiba.......................


..........................................................(senyap di situ ye)

Me: Eh Yasmin..kenapa baju Yasmin sama macam kakak??
Yasmin: Mana ada sama,baju kakak oren baju Yasmin pink.
Me: Ye lah..tapi kan sebijik corak nye ni???*Pandang mama*
Mama: Haah, Yasmin ni mama beli baju kakak semua dia nak yang sama jugak..mama belikan la sama.Tapi takpe.Semua color lain-lain.
Me: Gulppp...Semuaa????


Hmm...jadi..terhasil lah 3 pasang baju raya yang sebijik sama macam Yasmin adikku yang baru darjah lima itu.Wuuuuu...Boria lah kita...Nak cakap lebih2 takut mama kecik hati pulak...Yasmin...Yasmin...habis di sabotaj raya aku kali ni...haih...Nasib lah boria tahun ni..... -_-"

Apa-apa pun..thank you mama sebab still lagi belikan baju dekat kakak even dah umur 24 ni..Malu je...Mama doakan ye kakak cepat2 habis belajar nanti kakak pulak belikan baju mama ^.^

19 June 2012

Sebab kenapa tak boleh balik kampung minggu ni T.T

Minggu ni tak boleh balik kampung.Sedih okay.Average balik kampung bagi seorang anak emak is 2 kali sebulan (considering my money kalau tak memang tiap2 minggu balik).Tapi bulan ni baru sekali balik kampung.Dannnn semuanya salah DIA!

Okay DIA kat sini bukanlah Dhia yg dalam cerita Tentang Dhia ataupun dia yang teristimewa.Bukan bukan!tapi DIA itu adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Isnin -Prepare media kemudian lupa nak autoclave.Okay drag hari Selasa.
2. Tengah nak tidur.Okay teringat,eh kenapa aku double digest plasmid vector je?Patutlah check PCR ada satu band je.**Tepuk dahi.** Okay hari Rabu kena ulang cloning balik.
3. Rabu-Inoculate culture.
4. Khamis-Extract plasmid,PCR,double digest.Prepare skim milk agar.
5. Jumaat- D0uble digest,Ligation 16hour.
6. Sabtu-Transform.

Dah tuuuu transform pon hari Sabtu bila aku nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

DIA yg 6 ketoi kat atas mmang dengki kat aku.Tak suka tau.Wuuuwuuuuu.*mengadu kat mak heheh.

17 June 2012

Entry pendek.

Weh..seriously bila nak habis sekolah ni...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Sekian.(betul2 pendek kan hehe)

Entry pendek.

Weh..seriously bila nak habis sekolah ni...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Sekian.(betul2 pendek kan hehe)

7 June 2012

Panas hati!

Hari ni aku betul2 rasa nak mengamuk.Purify tak jadi (okeh nenek aku selalu tanya apa benda purify tu tapi sebab hari ni aku nak mengamuk taknak bagitau huh) and benda yang paling buat aku nak mengamuk is someone hurt my cousin (nama biarlah dirahsiakan).Dengar dia menangis dah cukup stab my heart.Aku pun rasa sakit apa lagi dia yang rasa.

Okay harini nak cakap bahasa melayu kasar , sebab marah ni marah ni (sila tahan aku sekarang jugak tak pasal2 ada orang lebam mata kena tumbuk).Heyy aku betul tak faham dengan budak perempuan ni, banyak2 orang kenapa tunang orang jugak yang kau nak menggatal weh? Tolonglah hormat kita ni kan sama2 kaum sejenis.Perempuan kot..Lagipun tak faham ke itu hak orang?Nak kata budak, umur dah 19. Dah tu kau kena tinggal kau menangis bagai nak gila lepas tu kau maki2 tunang orang balik?Ya ampun apa punya perangai lah?Sedangkan terang terangan dah bagitau itu adalah tunang dia.And aku tak salahkan perempuan tu je, dah dia dilahirkan gedik, tapi si lelaki pun sama. Susah sama2, dah bertunang,nak kahwin dah kenapa lah boleh layan perempuan yang terang terangan kau tahu perangai dia.Baik ke perempuan tu kalau dah tau orang dah menghampiri nak bina masjid tetiba kau selamber dek musnahkan??

Dear cousin...Ira harap jangan kamu sedih2 dah okay.Allah sayang kamu sebab tu kamu tahu lebih awal sebelum kahwin.Allah Maha Adil.Takpe kalau kamu hurt sekarang, takpe kalau kamu rasa oh dah susah sama2 dah senang kau melayan orang lain.Takpe.Sebab janji Allah itu benar.What goes around comes around.Tak payah susah2 mengharap dia kena balik.Sebab memang dia akan kena balik. Perempuan tu tak tau masa hadapan dia,nanti laki dia kena rampas baru dia tahu,tak payah nak sibuk cari balik orang yang kau buat melutut merayu minta maaf...yang si lelaki pulak ada mak,kakak,adik perempuan....Kau lari lubang cacing mana pun,Allah tetap balas.Kau tak takut rosakkan hubungan orang, tak takut hurt hati orang yg sayang kau,tapi Allah Maha Melihat.Tak esok,lusa korang kena.Dah tu jangan menyesal.

Dahla makan durian 4 bijik petang tadi memang panas ah!Dahla cukup sudah marah.Baik aku amik semayang solat sunat hajat supaya dijauhkan family aku dan aku serta kawan dari kena macam ni...For u my lovely cousin, you are beautiful,u got a good job..dont waste your time hurting.I know its hard Ive been through that before but sentiasa yakin dengan tuhan kita,Allah yg Maha Satu.He lost someone that truly loves him but you lost nothing.So dia yang rugi.I love u so much akak......

P/s: Mintak dijauhkan lah aku daripada menyakitkan hati kaum sejenis aku. Amin...

5 June 2012

Cravingsssss....

Ish lately ni tak tau kenapa pantang tengok makanan mata bersinar2...Semua benda nak makan tambah2 dikala duit di tahap hidup segan mati tak mau *eh betul ke tak peribahasa ni.ah tibai je lah. Tapi satu sifat aku, kalau dah tekak tu teringin,pejamkan mata je.Heeee...Hujung bulan kelam kabut korek ASB kikiki macam mana nak kumpul duit pinang imam muda niiiiii....So antara makanan2 y aku tak habis2 mengidam dan kecur air liur tengok is:

First:




Sobs menangis melihatnya.Gue mauuuuuuuuu!!!!!

Second: 
French toast with icecream




Yang ni aku dah dapat makan kat alamanda haritu.Sumpah sedap tapi mauuuuuu lagi....

Third:
Pavlova.Benda ini sangat manis tapi3 aku teringin jugak.Macam mana sobsssss T.T


Ermm takde sape ke yang nak belanjer aku.Tee hee.Terbongkar maksud sebenar tee heee.... :p

31 May 2012

Baik atau senang di buli??

Macam mana korang defined orang yang baik eh??For me,orang yang baik tu emm..solat penuh,hubungan dengan Allah number 1,menjaga hati,baik hubungan dengan ibu bapa,family,kawan2...Macam Nora Danish dlm cerita Dhia tu..Baik ler tu..

So berbalik kepada topik asal,macam mana korang cakap orang tu baik???Ermm pernah tak encounter situation when korang ditimpa malang and orang2 sekeliling akan cakap.."Hmmm tulah ko,baik sangat!' or "Dah ko baik sangat sebab tu la jadi macam ni" dan ayat2 yang sewaktu dengannya...Okay actually bila orang cakap macam tu, tak tau la kenapa..tapi aku rasa macam ayat sebenar yg nak disampaikan ialah"Awat hang ni dungu sangat cheq oiii..depa buli hang tu..pasai hang dungu lah jadi macam niiiiii"..-_-".Apa yang sebenarnya cuba disampaikan.Adakah aku ini senang dibuli???Tetapi baik dan senang dibuli itu mempunyai maksud yang berbeda..

Sebenarnya kadang2 bukan nak jadi baik sangat pun(atau pon senang dibuli) tapi serius...malas nak gaduh..And satu sifat aku is..biar orang lain salah pun,tapi karang aku jugak yang tak lena tidur kalau orang tu kecik hati...Yelah deal dengan hati orang kan...Takde pun istilah baik sangat or apa dalam hal ni...Ada ke orang yang senang hati dapat sakitkan hati orang lain???Kan?Tapi yelah I'm a human too..Sikit2 buli tu cukup lah yer...Jangan lah selalu sangat, kecik hati eden ni tau...Memang tak tunjuk,muka senyum tapi nanti balik bilik amik bantal menangis tau...Apain lo ingat hati gue ini batu???

So kepada uolss2 yang selalu cakap i baik tu..terima kasih sangat sebab mendoakan yang baik2 aja buat i...But sebenarnya baik tu memang tak layak dengan iolsss..Cumain,akan direnung2kan and dalam proses perubahan.InsyaAllah.And buat uolss yang rasa macam I ni senang dibuli..doakanlah lepas ni orang jangan buli I dah hehhehee..jangan doakan I jadi pembuli sudah.hihi....

Last week balik Kelantan with my besties....Juju I hope our friendship will last till the end......Walaupun makcik Rantau Panjang cakap I ore Kelantan lupa daratan..but I really enjoyed our trip there^.^



And tak lupa congrats tiq....Satu lagi besties da kawen..Tinggal la me and juju yang masih single..Selamat bercinta hingga ke syurga ye tiq and ridi!

24 May 2012

Kinohimitsu J'pan Detox Tea....

Lately I gained a lot of tummy fat...I was naturally slim all my life before(bluekkk but its true im almost underweight) but just lately my weight dramatically increased...When I come back from Korea,I just weigh 41kilos...and now...taraaaa 50.8...And Im only 156cm tall..Its not that I dont like having some meat at my body...but I become annoyingly fat...my legs are still as skinny as twig but my tummyy ahhhhhhh..stressss..SSSS....hihi...I need to reduce my weight and that tummy fat!!Because Im not a sport people and I hate fish and veges,,I do exercise and jogged,but the result is not as fast as I wanted so I decided to CHEAT.

So I asked my friend who has tried detox...She has really slim tummy..stressSSS again.I asked her what's the secret and she introduced me this..

Okay so it's only 25.60 cents so why not give a try...I bought it at WATSON and I got this free mind relaxing drink(which didnt help much on relaxing I even end up sleeping at 2.30 a.m after drinking it)...Okay so the first day I drink it...emmm...nothing happen.Just some wind grumbling in my stomach.But after 8 hour, it did the works.Not that frequent,but  once you have,its like having a typhoon in your stomach.Okay maybe my toxin level is very high so this tea is working hard to eliminate all that(I always think that there are some tiny worker working hard to clean my colon ermmm)...So for the second day I drink..I still feel that rumbling but this time only 1 time to toilet..okay so 1 cup,1 toilet time...

So this is my 3rd day...I feel my tummy fat start to lose a little(or me imagining that ha..ha-_-")..But I did feel more comfortable with my body especially my stomach...But from the reviewers some say that it works for them and some not..So it up to your body I think...Just for me I hope this will help eliminates my tummy fat and of course improve my health.

P/s:Just as reminder this tea works after 8-12 hour so plan when you want to drink it okayy..Hiiihi...

23 May 2012

Comfort zone....

Emmm bersawang dah blog ni.It;s been ages since my last post...Life routine sama+ takde mood.Hmmmm....Tapi lately, tangan ni gatal je nak type something.Walaupun takde orang pun baca blog but I think its good to be able to express myself here.

Lately,I've been questioning myself about how far I should go out of my comfort zone...Fuh topik berat nih habis la kena fire hehe...Yela...I always afraid to take a new step...Ok example lah..Selama 5 tahun duduk kat UPM serdang ni,tiap kali pergi MINES, pergi foodcourt,I never change my menu..Bayangkan lah dari 1st year sampai 5th year, "Kak nak nasi ayam blackpepper satu"....Air pulak "longan satuuu...." Itu jelah menu dari kecik sampai dah tua ni ha...sama jugak kalau pergi mana2 kedai makan pun,kalau dah mula biasa dengan kedai tu...bila da rasa satu makanan sedap..memang tu jela menu n takkan bertukar..Kalau kawan2 order benda lain pun,me tetap setia emmm tomyam campur satu,telur dadar nasi putih ye..Sampai kakak Restoran Sala tu dah boleh tanya emmm tomyam campur??Before sempat bukak mulut pun...

Kadang2 bila orang tanya tak boring ke asyik makan benda yang sama je???Entah nak jawab apa...Tapi sebenarnya takut...Takut bila tukar makanan dapat yang tak sedap nanti sedih....(Okay aku memang cepat sedih kalau bab makanan ni tambah2 kalau tengah lapar dapat makan tak sedap confirm nangis)...Sebenarnya..banyak kali je menu yg biasa tu, dapat2 je rasa dia lain..Kadang2 masin,kadang2 pahit,kdang2 tawar...But still i'll stick to that menu....Dalam kepala fikir..emm takpe give chance la kan..maybe harini tukang masak dia penat....but kadang2 thing just go worse and worse...Kadang2..2,3 kali pergi makin lama makin tak sedap....Sama je la macam everything in my life...Disebabkan takut nak keluar dari comfort zone..yg sebenarnya tak comfort pun..just afraid of new changes I tend to hurt myself...Orang kata bagus lah tak payah nak buat decision but i need to make an important step...I need to change...I can't stay like this...Living in my comfort zone...stay here because I'm  so used to it...and tell you its not an easy task for a person yg selama 5 tahun kat UPM tak pernah makan benda lain selain ayam blackpepper kat foodcourt MINES.....

Hmm...Ya Allah I need YOUR guidance and I reallly need your help...Please give me strength....Rasanya habis master ni nak tukar profession lah..nak kerja bank..dah taknak duduk dalam field ni..Boleh tak????And lepas ni pergi MINES dah taknak makan ayam blackpepper...I will stop giving chance dekat tukang masak tu yg berpuluh2 kali bagi chance pon makin lama makin tak sedap ayam blackpepper yg aku masak...Terbang 6.80sen....Okbye.Hehe....

11 March 2012

The quest for the healthy diet^.^

Okay headline nak gempak je..Gaya nak macam celebrity...like.. "Hello guys..from now on I will assist you on how to eat healthily and get a longer life".. konon2 Chef Nigella Lawson ok hot sangat,emm Martha Stewart  emm to multitalented  ok yelah2.. Chef Wan.Heyyy okay whatt??He's a millionaire okay!

Okay.Sebenarnya tak macam tu.Takde kena mengena pun dengan chef celebrity segala.Just nak share the sudden change of my diet.From this-->
Morning:Nasi lemak Afternoon:Rice,Ayam goreng berempah,Kari gulai kawah Dinner:Rice, Ayam masak lemak Supper:Burger ramly.Okay terkejut tak?Ni menu tengah kaya lah ni which is 10 days after allowance came in.Heh.Hairan jugak rasanya setiap kali makan baca je doa tapi asal banyak sangat makan ni??Sedar tak sedar after years of this unhealthy diet..My cholestrol level jump to 7 which is considered very high.Normal cholestrol level is 4 if I'm not mistaken.

Actually this unhealthy diet starts because I was too excited to increase my weight.Tak tahan orang asyik panggil cekeding which is satu dua kali boleh terima but called u with that name in front of your teachers,friends and even your crush...ini memang tak boleh jadi.So terjadilah menu seperti di atas dan cholestrol level 7.Tapi badan tak lah naik mana pun.Spare tyre je lebih.HUKHUKHUK.So dengan ini saya bertekad biar saya kurus.Let people call me si keding,si kurus and what so ever as long as I know I'm perfectly healthy.

So start with this week..change my diet to this--->Morning: Cereal of the week-Honeystar+low fat milk+kiwi,Afternoon-Rice,Vegetable,Protein(this part is very hard because I don't like fish) Dinner-Oat+Fruit(for this week kiwi) and supper-Low fat milk.Lama mana tahan tak tahu lah.Persevere Ira!All I need is perseverance.Me and Kak Iffah my quest to the healthy life partner,also jog 3 times a week jugak tau.Bukan jaga makan je.hehhee...

Hope sangat boleh trunkan cholestrol level as well as my spare tyre yang tak larat nak sorok ni.Emm tiba2 malam ni rasa nak makan KFC.Opps.HIHIHI.Chow!

19 February 2012

"Whatever happens,it must happens with reason"

Whenever my friends shared their problems,I always tell them this-Whatever happens in your life it must happens with reason yadda yadda yadda...I don't know why but I think I was born with listening abilities and giving advises.Maybe I should quit doing this scientific research and continue being a counsellor or whatever...


For me, giving advises is easy and there is a time where I tend to be so emotional when my friend can't accept my advises.But that was long time ago when I was young where I didn't encounter any of serious problem..I thought it was easy to just switch your feeling from not OK to OK.Been showered with tones of problems,from studies,family to relationship problems, I grew up to understand that advises is not necessarily followed. What my friends need from me is to lend an ear to hear their problems and a shoulder for them to cry on. As for me, I am so thankful that Allah gives me friends that really understand me.A family that really support me in whatever decision I take.My life is not so perfect, it was broken here and there but I learn to fix it by time.Experience had thought me a lot but still as a human, series of continuously problem will collapse my system leading to an emotional breakdown.And...

EMOTIONAL BREAKDOWN

Am I experiencing an emotional breakdown???If yes how severe it is???Im afraid to discuss what is happening as it may touch the sensitivity and hurt somebody..but frankly speaking it almost driving me crazy.... T.T


Ya Allah I hope you give me the strength to get through this..I hope i can settle my research by this year...Allah please guide me in whatever decision I take..."Whatever happens it happens with reason"...I should not question why when sorrow comes unless I did the same when the happiness comes in my life...Be grateful and keep strong baby!Hopefully everything will be smooth after this..Amin....

10 February 2012

-Anda di mata orang lain-

Share this awesome story..Enjoy guys..Renung2kan dan selamat beramal...


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Source:Facebook

4 February 2012

Petua malam ini...

Sejak duduk rumah sewa ni..dah lama tak manjakan kulit.Balik lab, tengok tv,before tidur cuci muka terus Zzzzzz..so malam ni rasa macam nak bagi kulit muka moist balik..tengok dalam freezer ada aloevera(lidah buaya)..

Mcam mana nak guna???Easy peasy...cut the stem and you'll get the sap..Haa terus sapu dekat muka.Finish.Senang kan?Rasa sejukkk je.Lepas 5 minit dia da mula kering rasa macam menegang.Macam mask pun ada.Cuci with air suam...Then siap sedia untuk tidurrrrrr...

Alang2 da share satu petua,nak share lagi satu..Okay kawan2 selalu tanya my armpit tak gelap and takde line2 kire smooth giteww apa rahsianya..Okay sebenarnya before ni ada baca dalam internet,lemon boleh cerahkan bahgian tu...Bila dicuba memang nampak la perubahannya..Selamat mencuba la ye kawan2...

P/s: Sambil menaip duk usap2 pipi..aloevera ni bagi lembut ke saja mind aku tengah memerasankan aku??ah bolehla labuuuuu...

27 January 2012

Am I ready??

Lately I received a lot of wedding invitation..Bestfriends,labmates...Alhamdulillah I'm happy for them..But am I ready?I'm 24 this year and maybe another 2 or 3 years I will finally reach that step too.

Everytime I think about that, I feel nervous.I want to settle down with the man  I love,and most importantly the man that will love me too.More than I do.For me, in marriage what important is 1:Barakah and 2:Love.I'm not saying that money is not important.But you have to get things in perspective.In proportion.Love is the thing.Not status.Not money.Because as long as you love each other, you will try your best to please your partner.To make sure they live a comfortable life. But how confident I am to believe if that person is the one??

Marriage is a lifetime decision. For the past 6 years, I've been together with him, whom Insyaallah will be my future husband. I never betrayed him and will never as long as i'm with him. We both face ups and downs, we try sort out things in our life yet quarrels seems to be part of it.And thats make me afraid of commitment namely marriage. Still I love him and want to marry him( blushing) EHEM.Cough cough, straightened my shirt collar n lets get serious back.It's not that I don't want to get married but its the life after it I'm afraid of. I've seen so many couple that hardly talk to each other. I understand that. I'm not saying all, but sometimes guys tend to ignore when their wife get hurt or sulking.They just thought its not their problem and it will fade by time.But hurt, anger and resentment builds when you ignore the signs of problems in your relationship.Sounds like Doctor love right?

I just hope when the time comes, I will be ready so do my partner. I just hope marriage will lead us to a happy life in this world and in afterlife.May our marriage end up in Jannah and full of barakah.Seems like I'm getting married soon right?Nah..No money no talk.hihi^.^

25 January 2012

The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.

Agree??^.^

18 January 2012

Mari membebel-_-"

Assalamualaikum n evening guys...

Hows your day?Hari ni dah hari Rabu..lagi dua hari dah cuti yeay yeay..Balik kampung tak?Mesti invitation kenduri kahwin tak menang tangan kan..Me too..sampai tak dapat pergi my bestfriend's wedding dekat Penang oh sedihnya..To Nur Hanis Athirah i am really sorry I wish I hv superpower or Doraemon's magic pocket so that I can be in two places within 2 seconds:(

Okay nak start membebel pulak. Sebenarnya hari ni nak share perasaan dekat hati ni..Korang ada tengok video yang post kat facebook??Yang filipino girl tercabut gigi and luahan hati sorang girlfren kepada boyfren nye..Hmm apa pendapat korang tentang video tu??Tak tau la..for me,tak payah lah nak hebohkan sangat aib orang...Cuba kita duduk dekat tempat mereka??Do you find it hilarious to make fun of people?What kind of joke is that?Well for me I didn't get the joke.Appearance based discrimination or beauty bias certainly didn't make me laugh.

Okay bukan lah nak emosional sangat pasal benda ni. Maybe dorang kata,kalau tak nak kutuk siapa suruh upload video tu kan?Tapi mana tau kalau that girl is mangsa penipuan, mana tau bf dia main2 kan dia,pergi upload kat youtube?or handphone dia orang godam GODAM?OMG kau terer bm rupanye Ira and upload video tu.The thing is, tengok dekat mana2 komen orang yang post dekat video tu,banyak boys yang cakap-"kalau muka cantik tu takpela ni dahla huduh gila ptuihhh','muka macam indon sapu sampah ada hati nak hantar video aku sepak mati perempuan ni"(contoh)..kalau betul dia yang upload video tu..ermm..agak kasihan la jugak kat diri dia. Tapi cuba kalau girl muka macam Nora Danish yang post?Mesti komen tu dah bertukar macam ni -->"Bestnye la I wish Im your bf.comel lote rasa nak cubit aumm'.Maybe lah salah dia but perlu ke korang hina sampai macam tu sekali and lepastu pergi share dekat semua orang????Kalau nak marah pun,marah la kenapa nak beromantik sangat dekat youtube ke apa kan?ini tak,marah sebab meluat muka dia buruk.hmm..Pasal yg girl filipino tercabut gigi palsu tu pulak..satu dunia dah tau siapa dia..bayangkan kalau dia jalan2 orang ejek,and lastly dia tak tahan dia end up bunuh diri or tekanan sampai jadi gila.Don't take this thing lightly guys.Stop amalan suka sebarkan aib orang ni..Ni peringatan untuk diri sendiri jugak.Yelah we all human tend to do mistakes.

P/s: This entry,tiada kena mengena dengan siapa2 pun.This is only my opinion.Ok?Chill:)

12 January 2012

Malas!

Assalamualaikum and hi everybody....

Nak tanya korang pemalas macam saya tak?Kalau tak malas pleaseee bagi nasihat sikiit how to be rajin eh?Lately dunno why ..sangat2 malas...What happen to your new year resolution Ira?Nak jadi super hardworking lah,grad on time lah..Ah....suka janji manis mu.

I need to prepare for tomorrow classes(class'es' tuuu...ececeh gaya macam guru berjaya tak hihi)..Semalam, instead of studying for tomorrow subject,I spent hours and hours gossiping with my housemate,eating,facebooking.When Kak Ifa ask me to continue studying, I start 'buat muka',open F5 science book,rolling here and there in my bed like a giant panda(don't picture me as cute panda,the only thing i have in common with panda is my dark eye circle-_-")and lastly I end up grabbing Sophie Kinsella"s novel and 20minutes after that snored till morning.Bila bangun pagi menyesal eh kenapa lahh tak baca buku semalam????

Pagi tadi check result PCR, I only got faint band.Argghhh stress sekali lagi.Dahlah nak tunggu machine PCR tu 4hours,nak run gel lagii..EEE malas tau tak..Rasa nak mengamuk dalam lab macam rebellious 3 years old little kid yang mengamuk bila mama simpan mainan. Boleh tak nak duduk rumah ada orang gaji masak makanan sedap2,tengok tv sepanjang hari and buka cimbclick tiap2 hujung bulan tengok orang da bank in 10K?Tak pun jalan2 terpijak sploh juta lepas tu boleh berhenti belajar duduk rumah.Okay 10juta banyak sangat,9 juta pleasee?*Buat gaya puss in the boot-Mata bersinar2*

It's not that I'm so smart, it's just that I stay with problems longer.  ~Albert Einstein